Wednesday, July 15, 2009

Mortal kombat !!!!!!!!!!!!!!!!!


Ok sekarang saya nak beri tahu saya dah pandai lukis gambar mortal kombat. Dulu saya tak pandai, selepas beberapa hari saya cuba saya sudah pandai lukis . Ok stop saya tak tahu nak tulis apa lagi ok.

Tuesday, July 14, 2009

Transformers!!!!!!!!!!!!!!!!


Hai !!!!! hari ini saya nak beritahu , saya sudah buat lukisan baru iaitu TRANFORMERS. Dulu saya hendak lukis tranformers tapi tak pandai lagi , sekarang saya sudah tahu macam mana hendak lukis tranformers . Mula-mula memang susah. lepas beberapa hari saya boleh lukis tranformers. Ok , saya stop dulu sebab tak tahu nak tulis apa lagi .

Saturday, July 11, 2009

Lukisan saya tahun lepas

KELUARGA
ATUK DAN OPAH

DANNY PHANTOM


Tuesday, July 7, 2009

MELAKA


Ok sekarang saya hendak cerita pasal PEMBUKAAN NEGERI MELAKA.Nama dia Parameswara. Saya baca dalam buku, Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari Palembang, Sumatera. Parameswara berusaha untuk membebaskan Palembang daripada naungan kerajaan Majapahit.

Apabila gagal , Parameswara melarikan diri ka Temasik. Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik . Walau bagaimanapun , Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang.

Di Muar, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat. Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan . Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok.

Parameswara telah melihat anjing pemburunya di tendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda menamakan kawasan tersebut ialah MELAKA. STOP DULU.........

Saturday, July 4, 2009

SAYA ADA KAWAN BARU

Selama beberapa hari, sangat bosan kerana tiada kawan datang kat blog. Kemudian saya lihat deka blog hakim ada nama yang saya tidak kenali. Nama dia ialah HADI.... saya lihat dia borak dengan adik saya Hakim . ''pelik dia kawan hakim'' selepas tu saya tanya hakim Hadi tu siapa, Hakim kata ''dia tu kawan kita lah...'' saya pergi ke blog dia. Macam orang baru mula guna blog, tak pa biasa lah... baru mula. STOP DULU!

Tuesday, June 30, 2009

Mandi laut.


Pada hari Ahad saya sekeluarga pergi ke pantai Tanjung Selangor. Tujuan kami sekeluarga ke sana hendak mandi. Apabila kami sudah sampai saya dan adik-adik terus buka baju , selepas tu apa lagi kami terjun dalam air. Kemudian , kami ingat ayah kami tak join sekali . Tengok-tengok ayah terus terjun dalam air. Kami semua main baling air sesama sendiri , main smack daown dengan ayah ,Hakim dan Ammar, lumba lari dalam air dan menyelam siapa yang lebih lama. Kami pulang pukul 6:30 petang dan kami sekeluarga sungguh gembira. STOP DULU!

Saturday, June 27, 2009

Taekwondo !!!!!


Ha! sekarang saya hendak cerita pasal Taekwondo. Saya belajar taekwondo di sekolah saya, nama juru latih saya Sanjeesh. Apabila hendak membuat latihan taekwondo, kita mesti panas kan badan dulu , kemudian kami semua kena berlari di sekeliling sekolah kami. Kemudian kami semua rehat dalam masa 2 minit je , selepas kami semua sudah habis rehat kami di bagi kumpulan kalau tahun 1dengan2, 3dengan4, 5dengan6, apabila pukul 9:30 kami semua balik. Saya suka belajar taekwondo. Apabila saya dapat buku taekwondo saya nampak guru saya dalam buku, saya lihat guru saya pernah pergi Korea. Sudah tiga minggu berlatih, kemudian kami semua dapat borang ujian.... . STOP DULU!

Friday, June 26, 2009

kucing mati.......


Minggu lepas saya terjumpa anak kucing , tapi sekarang kucing itu sudah mati kerana ibunya mati juga . Kemudian saya balik dari sekolah , saya ingat ke kucing itu sudah di buang. Rupa nya tak buang lagi sebab Hakim ni geli apabila kucing sudah berulat. Saya terus menolong ibu untuk membuang kucing . Hakim pun buat-buat menangis , semua adik saya buat-buat menangis kecuali Ihsan. STOP DULU!

Wednesday, June 10, 2009

Cik Ina belanja Mc Donald.

Selama seminggu keluarga saya bercuti di kampung kami. Semasa di kampung , Cik Ina (ibu saudara saya) telah belanja kami makan di Mc Donald. Semasa kami menjamu selera, kami semua dapat mainan . Saya , Siti , Hakim , dan Ammar dapat burger kecil dan kentang goreng .
Saya hendak ucapkan terima kasih Cik Ina . STOP DULU!
Gambar di sebelah ialah Cik Ina dan Hidayah. Gambar di atas Hakim dan Siti. Saya dan Ammar tak nampak!
TERIMA KASIH CIK INA!

Tuesday, June 9, 2009

Adik saya Ihsan si comel.


Ok, sekarang saya hendak ceritakan pasal adik saya Ihsan. Umur Ihsan setahun lebih tinggal di Taman Mentiga Jaya. Dia sekarang suka memanjat , benda ada dekat bawah dia ambil. Semasa saya bermain dengannya dia selalu membuat muka gorilla(macam dalam gambar), kadang-kadang dia membuat bunyi va.... va.... va...., ma..... ma..... ma.... , brrrrrrrrrr, brrrrrrrrrr, brrrrrrrrrrr... . Dia sekarang suka tengok cerita Elmo , Wonder pets. Dia juga suka menari apabila dia mendengar lagu Wonder pets. Dia juga pandai salam , tadah tangan doa dan dia juga suka cium pipi keluarga kami. Dan dia suka mengajak saya berlatih taekwondo. STOP DULU!

Monday, June 8, 2009

HIDUP SIHAT TANPA ALKOHOL

Tengok! inilah orang yang minum arak. Jadi kita orang Islam tak bolehlah minum air arak ini, berdosa!

Saya baca dalam buku, dia kata; minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir , wain , dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak dapat berfikir dengan waras dan mengawal perlakuan mereka . Kita tidak boleh mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih bekhasiat dan halal. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol. STOP DuLU !

JANGAN MEROKOK


Dalam keluaga saya tiada siapapun merokok, ayah , ibu ,atuk dan lain-lain. Dalam keluaga saya ada seorang je merokok iaitu pak cik saya . OK sekarang saya hendak memberitahu pasal merokok ini. Rokok ini mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon , monoksida , dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung , barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan-kemudaratan ini , kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejatera. STOP DULU!

Sunday, June 7, 2009

LUKISAN TERBARU SAYA


Saya namakan dia STAR WARS CLONE. Dah lama saya nak lukis macam ni tapi asyik tak jadi je. Dah tiga hari cuba-cuba baru jadi.Kemudian saya terus ambil gambar dan letak dalam blog.

Sekian, terima kasih.

Saturday, June 6, 2009

INILAH ANAKIN SKY WALKER.


Anakin Sky Walker ialah pahlawan light cyber, dari filem THE STAR WARS CLONE . Anakin punya guru ialah OBI _WAN KENOBI , dan mereka berdua pernah berlawan sesama sendiri , apabila Anakin sudah di sumpah oleh ahli sihir. stop dulu ok !

Friday, May 29, 2009

Memperkenalkan diri saya.


Hai! Sayalah Muhd Afiq bn Mohd Rosli. Saya hendak megucapkan terimakasih kepada ibu,kerana ibu menolong saya membuat blog ini. Saya ada empat adik beradik,mula-mula saya kemudian Hakim,Ammar, yang terakhir ialah Ihsan.
Nama ayah saya pula ialah Muhd Rosli bn Muhd.Nama ibu saya pula ialah Fauziah bt Hashim.Saya tinggal di Pekan, Pahang.Taman Mentiga Jaya, lorong 16 no 4.Hobi saya pula melukis,membaca dan bermain game PS 2.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya.
OK!, SEKARANG saya hendak cerita pasal di rumah pula ok.Bila ibu saya menyuruh Ammar berhenti melihat komputer dia kata TANAK!, selepas saya mendengar Ammar menengking ibu, saya terus marah kemudian, ibu saya marah saya pulak selepas itu saya terus merajuk didalam bilik saya.
Ok perangai Hakim pulak, masa tu saya hendak bangun tidur sudah pakai baju sekolah, selepas tu saya kejut Hakim pulak kemudian dia kata tanak.......... .Kemudian saya terus panggi ayah saya " AYAH HAKIM TANAK BANGUN AYAH ".Ok perangai adik saya pulak dia terjumpa semut masuk didalam lubang kecil Ammar kata "IBU KENAPA SEMUT TU KECIK SANGAT IBU" kata Ammar.
Perangai Ihsan pulak, dia sekarang suka sangat memanjatlah benda ada dekat bawah dia ambik ...
stop dulu yek!