Tuesday, July 7, 2009

MELAKA


Ok sekarang saya hendak cerita pasal PEMBUKAAN NEGERI MELAKA.Nama dia Parameswara. Saya baca dalam buku, Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari Palembang, Sumatera. Parameswara berusaha untuk membebaskan Palembang daripada naungan kerajaan Majapahit.

Apabila gagal , Parameswara melarikan diri ka Temasik. Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik . Walau bagaimanapun , Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang.

Di Muar, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat. Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan . Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok.

Parameswara telah melihat anjing pemburunya di tendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda menamakan kawasan tersebut ialah MELAKA. STOP DULU.........

No comments:

Post a Comment