Pada hari Ahad saya sekeluarga pergi ke pantai Tanjung Selangor. Tujuan kami sekeluarga ke sana hendak mandi. Apabila kami sudah sampai saya dan adik-adik terus buka baju , selepas tu apa lagi kami terjun dalam air. Kemudian , kami ingat ayah kami tak join sekali . Tengok-tengok ayah terus terjun dalam air. Kami semua main baling air sesama sendiri , main smack daown dengan ayah ,Hakim dan Ammar, lumba lari dalam air dan menyelam siapa yang lebih lama. Kami pulang pukul 6:30 petang dan kami sekeluarga sungguh gembira. STOP DULU!
Tuesday, June 30, 2009
Saturday, June 27, 2009
Taekwondo !!!!!

Ha! sekarang saya hendak cerita pasal Taekwondo. Saya belajar taekwondo di sekolah saya, nama juru latih saya Sanjeesh. Apabila hendak membuat latihan taekwondo, kita mesti panas kan badan dulu , kemudian kami semua kena berlari di sekeliling sekolah kami. Kemudian kami semua rehat dalam masa 2 minit je , selepas kami semua sudah habis rehat kami di bagi kumpulan kalau tahun 1dengan2, 3dengan4, 5dengan6, apabila pukul 9:30 kami semua balik. Saya suka belajar taekwondo. Apabila saya dapat buku taekwondo saya nampak guru saya dalam buku, saya lihat guru saya pernah pergi Korea. Sudah tiga minggu berlatih, kemudian kami semua dapat borang ujian.... . STOP DULU!
Friday, June 26, 2009
kucing mati.......

Minggu lepas saya terjumpa anak kucing , tapi sekarang kucing itu sudah mati kerana ibunya mati juga . Kemudian saya balik dari sekolah , saya ingat ke kucing itu sudah di buang. Rupa nya tak buang lagi sebab Hakim ni geli apabila kucing sudah berulat. Saya terus menolong ibu untuk membuang kucing . Hakim pun buat-buat menangis , semua adik saya buat-buat menangis kecuali Ihsan. STOP DULU!
Wednesday, June 10, 2009
Cik Ina belanja Mc Donald.
Selama seminggu keluarga saya bercuti di kampung kami. Semasa di kampung , Cik Ina (ibu saudara saya) telah belanja kami makan di Mc Donald. Semasa kami menjamu selera, kami semua dapat mainan . Saya , Siti , Hakim , dan Ammar dapat burger kecil dan kentang goreng .
Gambar di sebelah ialah Cik Ina dan Hidayah. Gambar di atas Hakim dan Siti. Saya dan Ammar tak nampak!
TERIMA KASIH CIK INA!
Tuesday, June 9, 2009
Adik saya Ihsan si comel.
Ok, sekarang saya hendak ceritakan pasal adik saya Ihsan. Umur Ihsan setahun lebih tinggal di Taman Mentiga Jaya. Dia sekarang suka memanjat , benda ada dekat bawah dia ambil. Semasa saya bermain dengannya dia selalu membuat muka gorilla(macam dalam gambar), kadang-kadang dia membuat bunyi va.... va.... va...., ma..... ma..... ma.... , brrrrrrrrrr, brrrrrrrrrr, brrrrrrrrrrr... . Dia sekarang suka tengok cerita Elmo , Wonder pets. Dia juga suka menari apabila dia mendengar lagu Wonder pets. Dia juga pandai salam , tadah tangan doa dan dia juga suka cium pipi keluarga kami. Dan dia suka mengajak saya berlatih taekwondo. STOP DULU!
Monday, June 8, 2009
HIDUP SIHAT TANPA ALKOHOL

Saya baca dalam buku, dia kata; minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir , wain , dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak dapat berfikir dengan waras dan mengawal perlakuan mereka . Kita tidak boleh mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih bekhasiat dan halal. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol. STOP DuLU !
JANGAN MEROKOK

Dalam keluaga saya tiada siapapun merokok, ayah , ibu ,atuk dan lain-lain. Dalam keluaga saya ada seorang je merokok iaitu pak cik saya . OK sekarang saya hendak memberitahu pasal merokok ini. Rokok ini mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon , monoksida , dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung , barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan-kemudaratan ini , kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejatera. STOP DULU!
Sunday, June 7, 2009
LUKISAN TERBARU SAYA
Saturday, June 6, 2009
INILAH ANAKIN SKY WALKER.
Subscribe to:
Posts (Atom)